Tuesday, 21 May 2013

#5TahunAkanDatang


kalau siapa yang ade twitter mesti korang perasan yang hastag 5tahun akan datang tengah trending sekarang ni kan? dan farah pun dok sibuk jugak dok tweet dengan #5TahunAkanDatang ni, hehehehe tapi semua yang farah tweet tu merepek jea, tak serious pun tapi untuk post dekat blog ni serious punya
  • #5TahunAkanDatang ada kerjaya dan mampu berdiri di atas kaki sendiri
  • #5TahunAkanDatang ada rumah dan kereta sendiri
  • #5TahunAkanDatang mampu membuat keputusan yang baik untuk diri sendiri
  • #5TahunAkanDatang mampu menjadi orang yang berguna untuk negara
  • #5TahunAkanDatang mampu hantar mama dengan abah pegi umrah dan haji pakai duit farah sendiri
  • #5TahunAkanDatang dapat menjejakkan kaki di tanahh suci
  • #5TahunAkanDatang masih wujud kah twitter, facebook dan blog?
  • #5TahunAkanDatang jumpa kawan lama dan cerita kejayaan masing-masing
  • #5TahunAkanDatang dah ade degree
  • #5TahunAkanDatang dah kahwin? err ni tak serious ni gatal nama tapi kalau dah jodoh tak mampu farah nak tolak dah
  • #5TahunAkanDatang dah tinggi dan tak gemok

Monday, 20 May 2013

Say hi to me



hello hello nak kopi ke milo? firstly farah nak bagi tahu yang ni blog farah yang ketiga. ketiga yea bukan kedua. sebenarnya farah pun tak tahu kenape blog farah yang kedua tu tak boleh nak sign in, tetiba jea jadi macam tu. semalam farah ingat nak blogwalking tapi jadi macam tu, nak menangis jea rasanya time tu.

disebabkan blog tu dah tak boleh nak sign in maka tercipta lah blog baru ni, jadi lepas ni farah guna blog ni jea lah dan farah harap sangat ni blog farah yang terakhir. mintak-mintak blog ni akan setia dengan farah selamanya. blog ni pun kak nis yang buatkan, thanks kak nis. jadi jom lah ramai-ramai follow blog farah yang terbaru ni.

oh yea farah sebenarnya nak cari kawan dalam dunia blog ni, ade sape-sape nak kawan dengan farah tak? mention farah dekat twitter nanti k? farah tak sombong cuma mungkin nampak jea sombong. mention taw farah_syamimi

farah tahu mesti ramai yang pelik kenape farah guna nama farah dekat sini kan dan farah banyak bahasakan diri farah untuk rakan-rakan blogger padahal kawan-kawan farah panggil farah mimi. farah buat macam tu supaya farah dapat bezakan mana kawan dunia blog dan mana kawan bukan dalam dunia blog.