Friday, 28 June 2013

Sorry sangat-sangat



sorry sangat-sangat kalau aku tak reply shoutbox ataupun tak publish kan comment korang dekat blog ni sebabnya aku pergi rumah mak cik aku dekat pangkor so memang tak online sebab rumah dia tak ade wifi dan aku pun tak bawak laptop tapi kalau online pun maybe online twitter ataupun facebook jea. balik dari rumah dia maybe hari isnin kot dan maybe hari isnin baru aku check shoutbox dan publishkan comment korang semua :)

ohh yea aku tak cerita lagi kan pasal aku dah dapat tawaran sambung belajar? okey aku akan ceritakan kemudian di entry yang lain. dimana dan kos ape aku akan bagi tahu kemudian sebab aku tak confirm pergi lagi sebab aku tak buat medical check up dan hantar surat jawapan sama ada terima ataupun tak. bila aku dah buat medical check up dan kalau tak de masalah pape dengan kesihatan aku, aku akan terima tawaran tu dan aku akan update di blog.

Thursday, 27 June 2013

Churp churp



kalau semalam aku ade buat account nuffnang tapi hari ni aku buat account churp churp plak dan ini bermakna akan bertambah lagi lah income aku, syukur Alhamdulillah. sebenarnya semalam lepas buat account nuffnang memang ade niat nak buat account churp churp pulak tapi biasa lah aku ni kan suka cakap nanti lah nanti lah lepas tu terus lupa. sebelum tido pun ingat nak buat jugak hari ni tapi bila dah bangun tido tak teringat pun nak buat tapi sebab azman ade comment dekat blog aku ni pasal churp churp ni terus aku buat account dia, tak tunggu lama dah sebab tahu aku akan lupa nanti

kalau tadi aku tak tahu langsung cara nak guna churp churp ni tapi sekarang Alhamdulillah dah boleh sikit sikit. korang kena tolong klik aku taw, bukan klik churp churp jea tapi klik heartbeat dengan nuffnang jugak. tapi aku ade satu masalah sekarang ni, hm macam mane nak letak nuffnang dekat header dengan post? help me help me. lupa nak cakap terima kasih dekat azman sebab dah ingatkan aku, terima kasih yea azman sebab dah ingatkan saya pasal churp churp ni. untuk ke blog azman sila KLIK SINI

Wednesday, 26 June 2013

Nuffnang



sekarang ni aku dah ade account nuffnang, korang boleh tengok dekat sidebar aku. aku dah letak iklan nuffnang, dia ade dekat bawah iklan heartbeat. Alhamdulillah lepas ni boleh lah guna duit ni bila aku dah sambung belajar nanti, tak ade lah aku harapkan sepenuhnya duit pada abah, boleh lah belajar berdikari sikit ^^

TAPI korang kena lah tolong aku, kena lah selalu klik dua dua iklan tu, kalau korang tak klik tak de makna lah account tu pada aku huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *menangis + meraung

Sunday, 23 June 2013

Tips naikkan income



tadi dapat soalan di ask.fm dari nikita kimistri KLIK SINI untuk ke blog beliau. dan dapat mesej di shoutbox yang kakak kita ni cakap jangan lupa share kan tips nak increase income nuffnang, alah kak saya ade account hearbeat jea tapi rasanya sama jea cara nak naikkan income dia tapi kalau salah maafkan saya yea kak. 

kalau saya, saya biasanya akan blogwalking lepas tu tinggalkan jejak saya di shoutbox mereka dan mintak dorang tolong klik iklan tu, Insya-Allah mereka akan tolong kalau kita buat macam tu. tapi kak jangan tinggalkan link iklan dekat shoutbox mereka sebab dorang akan marah, saya tak tahu kenape tapi kebanyakkan blogger akan marah.

selain tu akak boleh jugak promote link iklan akak tu, rasanya itu sahaja lah tips yang ada. ohh lupa akak pun kena lah rajin klik iklan dorang kalau nak dorang klik iklan kita. biasanya kalau kita buat baik, orang pun akan balas baik.

dan kepada sesiapa yang ade tips lain untuk naik kan income bagi lah tahu yea

Wednesday, 19 June 2013

Bukit bangkong



sebenarnya aku pegi bukit bangkong ni dah lama dah, bulan lima hari tu aku pegi tapi baru sekarang nak update. aku ni bukannya sibuk ke ape ke tapi sebab malas, engkau orang tahu tahu jea lah aku ni kalau dah malas memang malas sungguh sampaikan kadang kadang tu aku berlapar sebab malas nak makan. sanggup taw aku ni berlapar sebab malas nak bangun makan, sure lepas ni tak de orang nak ambik aku jadi bini dia sebab aku ni malas sesangat. eh kejap yang aku cerita pasal malas ni sampai satu perenggan ape hal? suka sangat melalut.

hari tu aku pegi bukit bangkong dengan dayah, khairil, audi and anis kawan dayah. korang jangan tanya aku pegi hari ape and berape hari bulan sebab aku tak ingat, aku ulang aku tak ingat. malam tu aku tido awal k pukul berape pun aku tak ingat tapi awal daripada selalu lah, selalunya lepas subuh aku tido tak pun pukul 3 kea 4 pagi baru tido tapi sebab esok pagi nak panjat bukit aku kena lah tido awal. kang kalau tak cukup tido, pengsan pulak. aku ni bukannya kecik macam dayah senang senang orang boleh angkat, kang silap hari bulan dorang golekkan aku jea dari atas sampai bawah.

dan disebabkan mata ni dah terbiasa tido lewat, pukul 5 aku dah bangun. aku tak tahu lah ni semangat nak panjat bukit ke ape sebab awal gila aku bangun. aku dengar radio jea lah, takkan aku nak siap siap pukul 5 tu. janji kumpul 6.45. so dalam pukul 6 aku kejut si khairil, nasib tak susah nak kejutkan kalau tak aku memang nak hantar bom dah dekat rumah dia. dalam 6.30 aku dah siap and dayah pun dah otw nak ambik aku, dayah sampai tepat tepat pukul 6.45 dekat depan rumah aku. bagus dayah ni datang tepat masa, tapi yang tak bagusnya aku sebab baru terkedek2 nak cari stoking and pakai kasut.

dan kau tahu tahu jea lah kalau dah berjanji dengan budak lelaki macam mane, pukul 6.45 tu lah dorang baru terkedek kedek nak keluar rumah. pukul 7 baru dorang sampai. sebenarnya aku tak tahu pulak audi join sekali, aku dengan dayah pegi dengan audi naik kereta dia kalau tak aku dengan dayah naik motor jea. sempat mengigil jugak lah aku atas motor nnt kalau naik motor tu, dah lee pagi naik pulak motor. sejuk k sejuk. tapi sebab naik kereta, okey tak sejuk.

laa aku baru perasan punya berlambak perenggan aku, aku sikit pun tak bagi tahu bukit bangkong ni kat mane. okey lah disini aku nak cakap bukit bangkong ni dekat chemor, dan sebenarnya ni kali pertama aku datang sini. aku semangat sebenarnya sebab last aku panjat bukit dulu masa aku form3. bukit larut dekat taiping. 

so bila dah sampai tu kita orang tunggu anis kawan dayah tu dalam 5 ke 10minit macam tu sebab tadi dayah lupa nak bagi tahu dia yang kita orang dah otw. tunggu punya tunggu orang yang ditunggu pun tiba dengan menaiki motor ex5 tanpa helmet. ini penunggang jalan raya yang sangat tidak berhemah, encik encik dan puan puan polis sekalian sila lah saman dia.

mari kita mulakan pendakian

 gambar pertama untuk pendakian ini dan dayah sepertinya dah macam orang patah pinggang.

huh terduduk aku lepas dah lepas naik

harus lah bergambar di tengah jalan

 sikit lagi, sikit lagi dan time ni sebenarnya aku dah megah dah. dah terduduk duduk dan tertinggal tinggal. nampak sangat aku dah tak macam dulu, panjat bukit sikit terduduk duduk, kurang stamina aku ni. lepas ni kena jogging selalu lah nampaknya

dan ini lah hasilnya bila dah sampai ke puncak :)




dah dah jangan tanya kenape tudung dengan muka aku macam tu, penat k penat. sekarang masa untuk turun pulak

 dayah ni tak habis habis bergambar sampaikan audi bising dekat dia lepas tu mulut pot pet pot pet, kawan siapa entah lah. dan yang paling kelakar bila audi kata kalau dia diam tu mesti tangkap gambar lagi sekali bila aku toleh belakang haaaaaaaaaaa betul 




 letih sangat lee kononnya tu. ni baru sikit dah penat, muka macam tah pape. tu lah kurang bersenam lagi

dan ini gambar terakhir......

balik tu terus pegi sarapan dekat ulu kinta lepas tu balik rumah ambik motor dan keluar balik pegi giant pulak. amboi aku ni ingatkan petang jea aktif, rupanya pagi pun aktif jugak

Thursday, 13 June 2013

Terindu nasi ayam cik ila



bangun bangun tido tadi terasa macam rindu pulak nak makan nasi ayam cik ila, nak kata dah lama tak makan rasanya baru seminggu lebih jea bukannya sepuluh tahun pun. aishh aku kalau makan nasi ayam cik ila ni mesti ketagih dah macam ade ganja jea dalam nasi dia lagi pun nasi ayam dia lain dari yang lain. walaupun ayam dia nampak buruk dan langsung tak menarik perhatian sebab hitam macam dah hangit tapi sedap sebenarnya dan tak rasa pun hangit tu.

kalau dulu masa sekolah lepas balik sekolah jea beli nasi ayam cik ila, hari hari okey tak jemu pun. aku pun pelik asal lah tak jemu jemu ni. aishh dah tak jemu aku telan jea lah nasi ayam dia tu, nasi ayam dia sedap bukannya tak sedap. tapi bila dah habis sekolah, aktiviti beli nasi ayam selepas balik sekolah telah digantikan dengan beli nasi ayam dulu before lepak dekat rumah faara.

bukan aku sorang jea cakap nasi cik ila tu ade ganja, joe pun ade cakap macam tu jugak dan bukan nasi ayam dia jea macam ade ganja tapi kek coklat dia pun sama. part nak cakap kek coklat dia ni ade ganja aku tak nak cakap yea sebab aku ni memang hantu kek coklat so mane mane kedai yang jual kek coklat aku akan beli dan kalau kek tu sedap aku akan beli selalu TAPI kalau kek tu tak sedap, siap lah kau. itu kali terakhir kau terima duit aku, aceceh ade gaya menugut tak?

SEBELUM MAKAN

 SELEPAS MAKAN

Alhamdulillah kenyang dah lepas makan nasi ayam cik ila, thanks mama sebab beli kan. licinkan aku makan? ni lah bukti yang nasi ayam dia tu sedap gila, mohon orang orang perak, orang orang ipoh, orang orang taman perpaduan, orang orang bercham raya dan seangkatan dengannya pegi lah try nasi ayam cik ila ni. alah kedai dia betul betul depan masjid taman bercham raya. eh eh asal aku tetiba jadi promoter yang tidak dibayar gaji? ehem mohon cik ila bagi nasi ayam free dekat aku sebab aku dah promote nasi ayam dia dekat blog ni.

Kebosanan di pagi hari



bosan sesangat pepagi ni k? bukan bosan sikit sikit tapi bosan tahap melampau. sebabnya aku terjaga masa tido pukul 1 pagi tadi dan masih berjaga sehingga sekarang dan aku tak tahu nak buat ape. ingat nak ajak mama jogging pagi ni tapi malas pulak rasanya nak berpeluh pepagi ni. yang mata ni pun tak mengantok, kalau lah mata ni mengantok selesai dah masalah bosan aku ni sebab boleh tido. jadi entry ni memang hanya untuk mengisi kebosanan aku jea. memang takkan ade isi pape pun.

selamat pagi dan selamat bersekolah untuk adik dan adik adik ku di pangkor dan sahabat sahabatku yang masuk form6. dan selamat membuat taik mata kepada orang lain yang tengah sedap tido atas katil tu. ayat macam ade bau orang dengki tak? ok memang ade sebab aku punya lah tak boleh nak tido alih alih kome sedap tido siap dengkur lagi.

selamat berkerja kepada abah, mak cik mak cik, pak cik pak cik, kawan kawan dan semua orang yang dah bekerja. ehem ehem kalau dah dapat gaji tu share lee sikit dengan aku, aku nak jugak merasa duit gaji kome tu. aku ni duit nak, kerja malas. jangan nak mengata aku k, aku merajuk sat lagi. aceceh ini bukan kebosanan di pagi hari tapi menggedik di pagi hari. 

sebenarnya aku ingat nak buat satu segmen lah, segmen mencari rakan blogger sebab setakat ni aku baru ade 6 orang jea rakan blogger. ingat nak tambah lee jumlah 6 orang tu kepada 600 orang, wah wah besar cita-cita aku. so agak agak korang lah kan, kalau aku buat segmen tu nanti korang nak join tak? niat aku memang nak cari rakan blogger, nak tambah kawan tak salah kan?

dan disebabkan aku bosan pagi ni jadi aku ingat nak blogwalking lah, korang boleh tinggalkan link di comment atau di shoutbox okey? dan satu lagi, kalau korang pun bosan jum lah tanya aku soalan dekat ask.fm sebab rindu pulak nak jawab soalan dekat ask.fm tu. KLIK SINI untuk ke ask.fm aku ataupun pegi jea tengok dekat sidebar aku tu dan jangan lupa klik tabung masa depan aku tu. aku ingat nak kahwin pakai duit tu, ok aku gatal dan jangan ambik serious sebab aku melawak jea tu. haa satu lagi sila lah klik like untuk fanpage aku KLIK SINI 

Tuesday, 11 June 2013

Blog bertukar wajah


SEBELUM

SELEPAS


tadaaaaaaaa cantik dah blog aku dengan tema diamond and pink classic rose. sebenarnya aku tak design sendiri blog ni tapi aku tempah dekat kak maz. aku bukannya reti nak edit blog ni tambah-tambah sekarang edit html dan lain. before ni pun kaknis yang edit kan tapi dekat blog lama aku edit sendiri, nak tengok blog lama yang aku edit tu? KLIK SINI memang jauh panggang dari api kan? serious aku bukan kreatif orangya. 

bayaran rm25 yang dikenakan kak maz sangat tidak merugikan sebab hasil kerja dia aku sangat berpuas hati. tapi nak mintak maaf dengan kak maz sebab farah cerewet orangnya, hehehehe.

so kalau korang pun nak kak maz editkan blog korang untuk edit full template boleh terus ke blog dia KLIK SINI dan berurusan sendiri dengan dia okey? dan tak silap aku kak maz pun ade terima tempahan untuk header tapi tak sure lah betul ke tak, tu korang kena tanya dia sendiri. aku malas nak cakap banyak sebab takut nanti jadi maklumat tak tepat pulak. 

ehem ehem jangan nak mengata aku perwatakan tak padan dengan citarasa. rasanya ramai yang tahu aku ni sedikit kasar orangnya tapi sebagai seorang perempuan aku tak mampu nak halang pink adalah favorite colour aku. normal lah kan perempuan minat pink. tapi kekadang tu aku tak faham kenape ade perempuan yang tak minat pink lepas tu dok mengata-ngata colour pink ni, ishh dorang ni betul ke perempuan? sebelum terlupa aku nak bagi tahu yang aku baru jea buat fanpage untuk blog KLIK SINI .okay that's all, bye.

Tuesday, 4 June 2013

Bunyi apakah itu??



petang semalam aku keluar dengan joe and nabila sebab dah bosan sangat dan disebabkan kita orang tak tahu nak pegi mana so kita orang decide nak lepak dekat kpj jea sebab dah lama tak pegi sana. ehem korang jangan pelik kita orang memang lain macam sikit tah kenape berkenan beno lepak dekat hospital. 

dan macam biasa lah kita orang ni kalau pegi mana-mana pun tempat makan ade lah tempat pertama yang kita orang akan pegi, so kalau dah dekat hospital ni yang ade pun cafe dengan kedai roti jea tapi sebab semalam hari ahad, dah sah-sah kedai roti tu tutup so kita orang lepak cafe jea lah. makan-makan minum-minum gossip-gossip sikit, sebagai lelaki korang kena faham yang perempuan dengan gossip memang tak dapat dipisahkan bagai aur dengan tebing.

kalau lepak cafe lama-lama pun bosan jugak jadi kita orang pegi lepak dekat tingkat 2 pulak sebab situ orang tak ramai alah dekat cafe pun bukannya ramai orang pun sebab semalam ahad tapi sebab bosan nak pegi tempat lain tu yang pegi tingkat 2 tu. part ni seram sikit, aku tak tahu lah korang takut ke tak tapi aku takut sebab aku yang ade dekat situ. masa kita orang tengah lepak-lepak sambil bercerita itu ini kita orang terdengar bunyi bising, aku yang tengah duduk dekat kerusi ogawa ni kelam kabut lah bangun sebab takut lepas tu pegi dekat nabila and joe padahal dorang duduk depan aku jea bukannya jauh pun tapi sebab dah takut bangun jugak lah.

aku tengok dorang dua rilek jea, aku tanya dekat dorang  'weh bunyi ape tu' nabila cakap lah tu bunyi orang repair apa-apa lah tu, lega hati aku sikit tapi takut lagi sebenarnya. lepas tu aku tengok nabila nak bangun pegi bangku sebelah, nak bagi aku duduk tempat dia lah kiranya aku duduk tengah-tengah lah antara dia dengan joe tapi sebab hati aku ni dah lega sikit aku cakap tak payah bangun sebab aku nak duduk balik dekat kerusi ogawa.

lepas aku tegur pasal bunyi tu, bunyi tu dah tak ade lepas tu ade balik tapi sebab nabila kata tak ade aku pun duduk buat tak tahu jea lah pasal bunyi tu. nak dekat pukul 7 macam tu kita orang pun nak balik dah lah. lepas tu masa dekat depan lift kita orang dengar bunyi balik haaa sudah. makin lama bunyi tu makin dekat dan makin kuat seolah olah dah dekat sangat dengan kita orang tapi still tak nampak lagi dari mana datangnya bunyi tu dan bunyi apakah itu? dan bunyi tu macam ngikut kita orang.

aku yang memang penakut ni kelam binti kabut laa tekan button turun dekat lift tu sekali lift tu terbukak haaaaaaaaaaa ambik kau terkejut aku sebab ade orang dalam lift tu, orang tu nak keluar aku pulak nak masuk tapi aku tak tunggu dia keluar dulu aku terus jea lari masuk lift macam dalam drama melayu yang konon-konon ade penjahat dok kejar dia. yang dorang dua ni pun cecepat masuk lift sebab bunyi tu makin kuat, lepas tu tekan button close tak berhenti sebab takut. tahu dorang ni takut selama ni keje menakutkan aku jea tak berhenti. dan sampai sekarang kita orang tak tahu tu bunyi ape sebenarnya, mintak-mintak lah tu bukan bunyi benda yang bukan-bukan.