Sunday, 25 August 2013

Alhamdulillah dapat politeknik



Syukur Alhamdulillah aku dapat poli untuk second intake ni. sebenarnya kawan aku yang check kan sama ada aku dapat poli ataupun tak sebab masa tu aku dekat rumah makngah. sekali bila check dapat, happy okey tapi rasa macam tak syok sebab tak dapat satu kos dengan best friend. hmm tak satu kos tak pe lagi ni satu poli pun tak :'(

terus rasa macam tak de semangat.. cakap dekat dorang nabila dapat dekat behrang sambil buat muka tak de mood. along cakap cari lah kawan baru, aish nak mencari kawan baru yang faham kita tu bukan senang. tambah-tambah aku kesana kesini dengan nabila nanti kalau dia tak de mesti rasa kosong jea sebab dah terbiasa pegi mane-mane dengan dia.

tapi ape-ape pun rasa bersyukur sangat sebab dapat poli, nasib baik dulu tolak tawaran kpj, kptm, risda, klmu semua kalau tak mesti menyesal gila sebab tak tunggu second intake punya. haa lupa nak cakap aku dah jumpa kawan yang satu kos dengan aku, sorang blogger dan sorang lagi bukan blogger, sorang perempuan dan sorang lelaki. ade sape-sape yang satu kos dan satu poli dengan aku tak?

Wednesday, 14 August 2013

Apabila twitter mencari pasal



gangster sangat title aku kan? hehehehe. 

aku dapat rasakan yang pengguna-pengguna tegar twitter tengah tension sekarang ni sebab twitter ade masalah teknikal. yea lah, selalunya tangan tu tak henti-henti tweet itu ini tapi alih-alih malam ni tangan tu tetiba duk diam jea kan? walaupun aku bukan pengguna tegar twitter perasan tension tu tetap wujud sebabnya time aku nak online dia ade masalah, aish sabau jea lah.

rasanya masih belum terlambat kalau aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan blog dan juga pembaca-pembaca blog ni (ade kea orang baca blog aku?). dekat kawan-kawan lain tak payah mention dekat sini sebab aku dah mesej dorang ucap selamat hari raya aidilfitri melalui mesej jea hehhehe tapi ade lah jugak aku mesej dekat kawan-kawan blogger, itu pun yang mane aku ade number phone dorang jea lah.

disebabkan umur semakin meningkat dewasa duit raya pun semakin kurang lah jadi aku nak mintak tolong korang klik 3 ekor monyet comel bawah ni boleh? tunggu sampai habis loading taw ^^


twitter dah boleh on kan sekarang? okbai aku nak pegi bertweet